SEJARAH SEKOLAH


1966


Kementerian Pelajaran Malaysia telah bercadang untuk mendirikan sebuah sekolah di atas tapak seluas 4.5 ekar di kawasan Jalan Kuchai Lama untuk menempatkan murid-murid dari kawasan perumahan Jalan Klang Lama,  Salak Selatan dan Sungai Besi.  Sekolah ini dikenali sebagai SMJK (Inggeris) Jalan Kuchai Lama.

Pada tahun 1966, pembinaan sekolah ini dimulakan di atas tapak tanah bekas lombong.  Pembinaan sekolah ini dijangka siap dan dibuka pada awal tahun 1968.

1968


Bagaimanapun,   kerja pembinaan dan penyempurnaan bangunan tidak dapat disiapkan sehingga bulan Mac 1968.  Ini mengakibatkan penggal pertama persekolahan terpaksa dijalankan di SK (Inggeris) Jalan Kuchai Lama (Kini dikenali sebagai SRK Seri Setia) pada sebelah petang.  Bangunan baru SMJK (Inggeris) Jalan Kuchai Lama hanya dapat digunakan pada penggal kedua tahun tersebut.

Semasa sekolah mula ditubuhkan pada tahun 1968, ia diberi nama SMJK (Inggeris) Jalan Kuchai Lama. Sekolah mula beroperasi di bawah pimpinan En. Ho Pat Hon dari SM San Peng (II) selaku pengetua pertama.

Blok A, blok B, kantin dan padang dibangunkan ketika ini.

1974


Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) sekolah telah mengambil keputusan untuk menukarkan nama sekolah ini kepada sama ada SM Sri Gading atau SM Sri Sentosa.  Cadangan ini telah dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran.

1975


Nama SM Sri Sentosa telah diluluskan untuk menggantikan nama SMJK (Inggeris) Jalan Kuchai Lama. Logo sekolah telah digubah oleh En. Ho Pat Hon ketika ini.

1986


Cogan kata "Perjuangan Teras Kejayaan" ditambah kepada logo sekolah.

1987


Lagu sekolah bersama cogan kata sekolah siap digubah oleh En. Phua Seng Tiong.

2013


Bangunan baru 3 blok sembilan dan sepuluh tingkat siap dibina dan mula digunakan oleh warga sekolah bermula pada Januari 2013.

* Sneek peak wajah baru SMK Sri Sentosa  di SINI.


2014


Padang, kantin, dewan dan 2 blok sekolah lama yang dibaiki semula.




BLOK
TAHUN
DIBINA
BIL.
TINGKAT
KETERANGAN
A
1968
2
8 buah bilik kelas
1 pejabat am
1 pejabat pengetua
1 bilik guru kanan
1 bilik koperasi
2 tandas guru
B
1968
2
1 buah bilik kelas
1 buah makmal sains
1 bilik guru disiplin
1 stor peralatan Pendidikan Jasmani
1 bilik kaunseling
1 bilik guru ketua panitia
1 buah kedai buku
1 bilik masakan
1 bilik jahitan
1 bilik stor alatan pejabat
2 buah tandas pelajar
C
1973
2
5 buah bilik kelas
2 buah makmal
1 buah bilik seni
1 buah bilik persediaan sains
D
1979
3
2 buah bilik pusat sumber
1 buah bilik aktiviti Agama Islam
3 buah makmal
1 buah bilik darjah
E
1985 (Pembangunan semula 1999)
3
1 buah bilik Multimedia
1 buah bilik PAK
3 buah bengkel Kemahiran Hidup
10 buah bilik kelas
F
1990
1
1 buah bilik kelas
1 bilik aktiviti ko-kurikulum
G
1993
3
12 buah bilik kelas
1 buah dewan terbuka

2003
1
Surau


TETAMU SEDANG ONLINE