Pelaksanaan Program NILAM 2014


Program NILAM merupakan program wajib dijalankan oleh setiap sekolah di seluruh Malaysia. Program ini adalah satu strategi untuk menanam minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Penghargaan dan Sijil Pengiktirafan akan diberikan kepada murid yang berjaya merekod jumlah bacaan seperti berikut:

Jumlah bacaan
Sijil Pengiktirafan
72-143
Gangsa
144-215
Perak
216-287
Emas
288 ke atas
NILAM


Sehubungan dengan itu, yang berikut adalah beberapa peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar sekaligus membantu murid dalam meningkatkan mutu akademik mereka.

Bil.
Perkara
1.
Buku Catatan NILAM
  • Setiap murid mesti menggunakan 2 buah buku (sebuah untuk NILAM Bahasa Melayu dan sebuah lagi untuk NILAM Bahasa In.ggeris.
  • Perkara yang perlu direkodkan di dalam buku NILAM:
    1. 6 perkataan baharu bersama-sama makna perkataan yang diperoleh dari kamus.
    2. Rumusan ringkas (20-30 patah perkataan)
    3. Nilai dan pengajaran yang diperolehi dari bahan bacaan
  • Guru waktu NILAM akan bersama-sama murid dan menyemak hasil kerja murid.
  • Murid yang tidak membawa atau kehilangan Buku Catatan NILAM  perlu membeli buku baru pada masa NILAM juga daripada Guru Pemantau dengan harga RM3.00.
  • Buku Catatan NILAM yang telah habis digunakan haruslah disimpan oleh murid sebagai rekod dan bukti jumlah bacaan yang telah dilakukan.

2.
Kamus
  • Setiap murid wajib membawa kamus semasa pelaksanaan program NILAM. Kelonggaran diberikan kepada 2 murid yang duduk bersebelahan berkongsi sebuah kamus.
  • Murid yang tidak membawa kamus diminta membayar RM 0.50 dan wang kutipan tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung pembangunan pusat sumber sekolah.



Pihak sekolah amat berbesar hati jika pihak ibu bapa dapat bersama-sama mengingatkan anak-anak tentang perkara ini. Kerjasama daripada pihak ibu bapa sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih!


Pengetua Cemerlang,
Pn. Hjh Rahmah bt. Ab. Haji

Budaya Kerja



BUDAYA KERJA MURID

  1. Menulis 30 buah karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Cina dan 40 buah karangan Bahasa Inggeris.
  2. Melengkapkan 100 soalan Matematik semasa cuti sekolah.
  3. Sesi pagi menyertai program NILAM/ 3M pada setiap hari Selasa dan hari Khamis: 7.30 pagi-8.10 pagi.
  4. Sesi petang menyertai program NILAM/ 3M pada setiap hari Selasa dan hari Khamis dan program P.Moral / P. Islam pada hari Selasa :1:10 – 1:50 petang.
  5. Menghadiri kegiatan kokurikulum yang diselaraskan dan diwajibkan untuk sesi pagi dan petang setiap hari:
    • Rabu :12:00 – 2:00 petang (Permainan /Kelab /Persatuan/Badan Beruniform)
    • Sabtu :8:00 – 12:00 tengah hari (Badan Beruniform)
  6. Pelajar Islam bersembahyang berjemaah sebagai amali solat (wajib) semasa waktu rehat pada hari Isnin, Rabu dan Khamis, 1:10 – 1:50 petang pada hari Selasa

BUDAYA KERJA GURU

  1. Waktu guru sesi pagi balik dilambatkan pada pukul 2.30 petang.
  2. Satu jawatan tugas dikongsikan oleh beberapa orang guru.
  3. Bilangan kali penyemakan buku latihan khususnya karangan ditetapkan dan dijadualkan mengikut ketetapan dalam takwim.
  4. Pemantauan proses pengajaran dan pengajaran (P&P) di dalam kelas oleh pihak pentadbiran yang dijadualkan tiga kali setahun.
  5. Rancangan strategik SMK Sri Sentosa untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan program sekolah adalah mengikut penetapan Buku Takwim SMKSS 2013 secara terperinci.

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-42 Sesi 2014/2015


Pada hari Sabtu 23 Februari 2014 yang lalu, SMK Sri Sentosa telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-41 2013 yang bermula pada 9.00 pagi dan bertempat di tapak perhimpunan SMK Sri Sentosa. Sejumlah lebih 70 orang ibubapa telah hadir ke mesyuarat ini.

Agenda mesyuarat dimulakan dengan ucapan dan laporan daripada Pengetua Cemerlang SMK Sri Sentosa, Pn. Hjh Rahmah binti Abdul Haji diikuti dengan ucapan daripada Pemangku YDP PIBG 2013/2014, En. Yong Kok Cheng. Seterusnya minit mesyuarat agung yang lalu telah disahkan. Kemudian, setiausaha PIBG membentangkan laporan tahunan PIBG dan telah diterima oleh ahli mesyuarat. Selepas itu, penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2013 dibentangkan oleh bendahari PIBG dan disahkan.

Setelah pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2013/2014 dijalankan, Yang Berbahgia En. Yong Kok Cheng telah dilantik sebagai pengerusi sementara. Pengerusi sementara kemudiannya mengendalikan perlantikan AJK PIBG dan juruaudit baru bagi sesi 20134/2015 dari kalangan ibubapa. Setelah AJK baru dilantik, tibalah sesi perbahasan usul-usul mesyuarat.

En. Yong Kok Cheng selaku YDP PIBG 2014/2015 memberi ucapan penutup dan penangguhan mesyuarat pada jam 12.15 t/hari.  Ahli mesyuarat di jemput menikmati  jamuan ringan yang disediakan di kantin sekolah.

Terima kasih kepada semua hadirin yang hadir ke mesyuarat Agung kali ini. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa majlis yang telah bertungkus-lumus menjayakan mesyuarat AGUNG PIBG pada tahun ini.



Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Seri Sentosa sesi 2014/2015

Jawatankuasa Profil Sekolah dan Laman Web


PENYELARAS




Pn. Aziatul Hafiza binti Ghani

AHLI JAWATANKUASA


Pn. Nancy Benedict




Pn. Farazila binti Rohani




Cik Rosmarini bt Mat Adnil @ Mat Adnan


Majlis Persaraan En. Teng Say Kow


Pada 11 Januari 2013, SMK Sri Sentosa telah mengadakan majlis persaraan untuk En. Teng Say Kow. Majlis bermula pada 10 pagi. Majlis yang gilang gemilang ini dimulakan dengan perarakan masuk En. Teng dengan diiringi barisan pentadbir dan AJK PIBG 2011/2012, bersama dengan tarian singa dan naga. Pelajar dan guru2 bersorak dan bertepuk tangan tanda penghargaan ke atas khidmat bakti En. Teng Say Kow di sekolah selama ini.

En. Teng Say Kow telah berkhidmat di SMK Sri Sentosa selama lebih 30 tahun. Guru yang mengajar  subjek Matematik ini sangat disayangi dan disenangi oleh kebanyakan guru & pelajar.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada En. Nik Muhamad Khairi. Seterusnya, penyampaian ucapan dimulakan oleh wakil pelajar, diikuti dengan ucapan daripada En. Foo Tak Chu selaku YDP PIBG 2011/2012, En. Lim Tua Pai selaku Pengerusi Kelab Guru 2013/2014, En. Teng Say Kow yang diraikan dan akhir sekali daripada Pn. Hjh Rahmah, pengetua cemerlang SMK Sri Sentosa.

Seterusnya acara pemotongan kek dilangsungkan. Semua warga sekolah menyanyikan lagu "Selamat Hari Lahir" kepada En. Teng. Acara seterusnya adalah penyampaian hadiah daripada warga sekolah kepada En. Teng.

Persembahan daripada pelajar tidak kurang hebatnya. Sangat menghiburkan dan menyentuh perasaan En. Teng dan seluruh warga sekolah. En. Teng juga tidak lepas peluang untuk menari bersama pelajar.

Akhir sekali, En. Teng diarak untuk bersalaman dengan guru-guru dan pelajar-pelajar tanda selamat tinggal. Guru-guru & staf seterusnya menjamu selera dengan menu nasi kandar yang enak. Tak lupa sekalung tahniah kepada Kelab Guru & Staf 2013/2014 yang berjaya menganjurkan majlis yang hebat ini.

Selamat bersara En. Teng!

Mesyuarat Agung Rumah Sukan 2013


Pada 10 Januari 2013, satu Mesyuarat Agung Rumah-rumah Sukan telah diadakan pada waktu ke-3 & ke-4 untuk sesi pagi & waktu ke-5 & ke-6 untuk sesi petang di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Rumah sukan yang terlibat adalah rumah Hijau, Kuning, Merah dan Biru.

Mesyuarat Agung yang diadakan setiap tahun ini bertujuan melantik AJK pelajar dalam setiap rumah sukan. Jawatan-jawatan yang perlu diisi adalah seperti Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, AJK Alatan dan Wakil Tingkatan.

Latihan permainan akan bermula pada minggu hadapan, manakala latihan olahraga akan dimulakan pada bulan April. Latihan akan diadakan di Institut Latihan Perindustrian dan juga SK Seri Setia memandangkan kekangan kawasan di SMK Sri Sentosa yang sedang dalam kerja baik pulih.

Sukan tahunan SMK Sri Sentosa akan diadakan pada 21 Jun 2013 (Jumaat) di Stadium Permaisuri.

Diharapkan pelajar SMK Sri Sentosa akan bersedia dan bersemangat untuk memulakan latihan dan berusaha untuk menjadikan rumah sukan yang diwakili sebagai johan pada tahun ini!

Semoga berjaya!

Pencapaian Kokurikulum 2012


ACARA
KEJAYAAN
Bola Keranjang
Johan Pertandingan Bola Keranjang (perempuan bawah 18), Naib Johan (lelaki bawah 15), & Naib Johan (lelaki bawah 18) 2012
Merentas Desa
Naib Johan (lelaki bawah 15), tempat ke-3 & ke-5 (lelaki bawah 18), Naib Johan & ke-5 (perempuan bawah 18) dalam Kejohanan Merentas Desa MSSWP 2012
Skuash
Naib Johan Kejohanan Skuash MSSWP 2012
Pengakap
Anugerah Pengakap Raja 2012 (2 orang pelajar)
Badminton
Tempat ke-3 Pertandingan Badminton Peringkat Negeri 2012
Catur
Tempat ke-3 Pertandingan Catur MSS Zon Bangsar 2012
Bola Tampar
Johan (perempuan bawah 18), tempat ke-3 (perempuan bawah 15) & ke-3 (perempuan bawah 18) Pertandingan Bola Tampar Peringkat Zon Negeri 2012
Gimnastik
Naib Johan Gimnastik for Kala 2012
Gimrama
Johan berpasukan/latihan bola Kejohanan Gimrama MSSM 2012
Koir
Naib Johan Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik 2012 Anjuran Kelab Rukunegara WPKL
Equestrian
Tempat ke-2 Pertandingan Equestrian 2012
Bahasa Cina
Johan Pidato Bahasa Cina Pra-U Peringkat WPKL 2012
Tarian Latin
Johan dalam Pertandingan Aerobikton Sempena Himpunan Sejuta Belia 2012
Olahraga
  • 56 pingat emas dalam Kejohanan Olahraga MSS Bangsar pada tahun 2012
  • Tempat ke-3 acara 400m & 4X400m LELAKI, tempat ke-3 acara 400m lari berpagar & 4X400m PEREMPUAN dalam 4th ASEAN School Games 2012 
  • Naib Johan acara 400m lari berpagar dalam SUKMA XV 2012
  • Johan acara 4X400m (perempuan bawah 15), tempat ke-2 acara 4X400m & 400m (perempuan bawah 15),  ke-3 acara 200m (perempuan bawah 15) dalam Little Athletics Singapore 2012


Pencapaian Kokurikulum 2011



ACARA
KEJAYAAN
Gimnastik
Johan Mini Trampoline 2011
Tarian Latin
Johan dalam 11th Sabah Open Ballroom Dancing Championship 2011
Olahraga
56 pingat emas dalam Kejohanan Olahraga MSS Bangsar pada tahun 2011


Pencapaian Akademik 2011


PMR 2011


PERATUS LULUS 96.7% BERBANDING TAHUN LALU 96.1%


SPM 2011


PERATUS LULUS 93.4% BERBANDING TAHUN LALU 92.78%

2 ORANG PELAJAR MENDAPAT 10A+
4 ORANG PELAJAR MENDAPAT 11 A
20 ORANG PELAJAR MENDAPAT 10A


STPM 2011


PERATUS LULUS 96.36 %
PERATUS MENDAPAT 5P 2.61%

11 ORANG PELAJAR MENDAPAT 3A & 4A

Pencapaian Akademik 2009


PMR 2009


PERATUS LULUS 96.3% DENGAN GRED PURATA KESELURUHAN 2.14


SPM 2009


PERATUS LULUS 91.05 % DENGAN GRED PURATA KESELURUHAN 4.25


STPM 2009


PERATUS LULUS 100%
PERATUS MENDAPAT 5P 6.00%

TETAMU SEDANG ONLINE