Mesyuarat Agung Rumah Sukan 2013


Pada 10 Januari 2013, satu Mesyuarat Agung Rumah-rumah Sukan telah diadakan pada waktu ke-3 & ke-4 untuk sesi pagi & waktu ke-5 & ke-6 untuk sesi petang di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Rumah sukan yang terlibat adalah rumah Hijau, Kuning, Merah dan Biru.

Mesyuarat Agung yang diadakan setiap tahun ini bertujuan melantik AJK pelajar dalam setiap rumah sukan. Jawatan-jawatan yang perlu diisi adalah seperti Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, AJK Alatan dan Wakil Tingkatan.

Latihan permainan akan bermula pada minggu hadapan, manakala latihan olahraga akan dimulakan pada bulan April. Latihan akan diadakan di Institut Latihan Perindustrian dan juga SK Seri Setia memandangkan kekangan kawasan di SMK Sri Sentosa yang sedang dalam kerja baik pulih.

Sukan tahunan SMK Sri Sentosa akan diadakan pada 21 Jun 2013 (Jumaat) di Stadium Permaisuri.

Diharapkan pelajar SMK Sri Sentosa akan bersedia dan bersemangat untuk memulakan latihan dan berusaha untuk menjadikan rumah sukan yang diwakili sebagai johan pada tahun ini!

Semoga berjaya!

TETAMU SEDANG ONLINE