Projek Akuaponik SMK Seri Sentosa


Kelab Keceriaan Dan Landskap SMK Seri Sentosa telah mengadakan  satu gabungan projek akuakultur bersama Universiti Putra dan Panitia RBT serta khidmat nasihat Unit Pertanian DBKL. Perkongsian ilmu antara 4 pihak ini telah menghasilkan satu projek baru di sekolah untuk manfaat pelajar.

Projek akuaponik telah bermula pada 12 Januari 2019 (Sabtu) di mana Dr Izharuddin Syah B. Kamaruddin, Pn Athirah Bt Sulaiman dan En. Muhammad Syahrizan B. Saharudin dari Universiti Putra Malaysia telah hadir ke sekolah untuk memulakan projek akuaponik bersama kelab kecerian landskap dan guru RBT. Kolam ikan siap pada hari tersebut.  Ikan tilapia merah telah dilepaskan ke dalam kolam pada 23 Januari 2019. Pokok sayur seperti kangkung, bayam Brazil dan cekur telah dimasukkan pada 30 Januari 2019.

Projek ini dianggap satu inovasi kerana sebelum ini sekolah tidak memiliki projek akuaponik dan proses pengajaran dan pembelajaran mengenai topik ini dalam Tingkatan 2 hanya menggunakan replika sahaja. Dengan adanya projek ini pelajar dapat melibatkan diri secara aktif untuk mempelajari cara-cara menternak ikan dan menanam sayur pada masa yang sama. Ini juga merupakan satu pencapaian bagi LA21 sekolah dan panitia RBT dengan bantuan Unit Pertanian DBKL serta pihak Universiti Putra Malaysia.

Proses menyiapkan projek akuaponik









     

                       

PROGRAM RIMUP 2019

MAKLUMAN PROGRAM RIMUP SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2019

TARIKH : 31.01.2019 (KHAMIS)
MASA : 7.30 PAGI - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : DATARAN GEMILANG SMK SERI SENTOSA

PEMAKAIAN UNIFORM SEKOLAH

Esok, 02.01.2019 (Rabu) ialah Hari pertama persekolahan bagi sesi 2019.

Semua pelajar dikehendaki memakai UNIFORM SEKOLAH LENGKAP.

Harap maklum. Terima kasih

TETAMU SEDANG ONLINE